Bayangkan kesengsaraan di bulan mulia ini tanpa derma andaΒ πŸŒ™β­

ramadan_unicef_malaysia_1

Β 

Mereka menyambut Ramadan dan Syawal dalam keadaan kritikal

Ketika anak-anak kita menyambut kehadiran Ramadan dan Syawal dalam keadaan serba mencukupi, hari demi hari ribuan kanak-kanak daif di serata dunia terpaksa mengharapkan bantuan untuk mengharungi situasi mereka yang dibelenggu kesusahan.

Dermalah dengan ikhlas melalui UNICEF untuk meringankan beban mereka di bulan mulia ini.Β 

Mereka menyambut Ramadan dan Syawal dalam keadaan kritikal

Kanak-kanak di Palestin, Afghanistan dan Yaman tidak dapat menyambut bulan-bulan istimewa ini dalam keadaan riang ria seperti anak-anak kita. Situasi mereka yang rumit akibat peperangan dan kemiskinan terus menerus mengancam survival mereka.

Kekurangan makanan mengakibatkan malnutrisi manakala infrastruktur asas yang terjejas menyukarkan mereka meneruskan pendidikan serta mendapat bekalan air bersih untuk minum dan membersihkan diri. Inilah sebabnya kami amat mengharapkan derma ikhlas anda agar beban mereka dapat diringankan sedikit di bulan yang istimewa ini.

shaim_ramadan_2024

Setiap pagi Shaima yang hanya berusia 8 tahun terpaksa menunggu giliran dalam keadaan sesak untuk mendapatkan makanan untuk keluarganya di bandar Rafah, Semenanjung Gaza.Β 

"Saya telah menunggu di sini selama dua jam, tetapi saya belum mendapat makanan. Ibu dan adik perempuan saya sedang menunggu. Mereka belum makan sejak semalam."

Afghanistan
Afghanistan
  • Afghanistan merupakan antara negara mengalami masalah tumbesaran terbantut tertinggi di dunia di kalangan kanak-kanak di bawah 5 tahun, iaitu 41%.
  • Masalah ekoran malnutrisi ekstrem adalah sangat tinggi pada kadar 9.5%.
  • Hanya 12% kanak-kanak berusia 6-24 bulan di Afghanistan menerima kepelbagaian makanan dalam kuantiti yang diperlukan untuk peringkat umur mereka.
    Β 
Palestin
Palestin_stat_ramadan_2024
  • Kemusnahan teruk akibat konflik yang kian meruncing menjadikan situasi di Gaza amat kritikal.
  • Infrastruktur asas termasuk bekalan air musnah akibat peperangan ini. Kini lebih 2.2 juta penduduk di Gaza sukar mendapatkan bekalan air bersih untuk meneruskan kehidupan mereka, 50% peratus daripadanya adalah kanak-kanak yang tidak berdosa.
  • Tanpa bekalan air bersih, kanak-kanak ini berhadapan dengan risiko penyakit terutama sekali cirit-birit kronik. Oleh kerana mereka terpaksa bergantung kepada sumber air yang tercemar dan tidak dirawat, kanak-kanak seperti bayi sangat terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan lain yang mengancam nyawa mereka.
Yaman
education - ramadan
  • Sejak permulaan konflik pada Mac 2015, serangan ke atas kanak-kanak, guru dan infrastruktur pendidikan memberi kesan buruk kepada sistem pendidikan dan menjejaskan akses pendidikan mereka
  • 8.6 juta kanak-kanak, termasuk 2.7 juta kanak-kanak tidak bersekolah, mereka memerlukan bantuan pendidikan
  • Β Kanak-kanak perempuan yang keciciran berisiko untuk dipaksa berkahwin, manakala kanak-kanak lelaki berisiko lebih tinggi untuk direkrut ke dalam kumpulan bersenjata.
Aquatabs_water_Purification_tablets

Tablet Penulenan Air

Tablet kecil yang mudah digunakan tidak kira dimana sahaja anda berada. Ia hanya perlu ditambah ke dalam air yang hendak digunakan dan tablet ini akan larut dalam beberapa minit dan dapat membunuh kuman merbahaya dalam masa 30 minit dan air akan menjadi selamat untuk diminum.

RUTF_donation option

Makanan Terapeutik Sedia Guna
(Ready-to-use-therapeutic food, RUTF)

Makanan terapeutik sedia guna atau nama ringkasnya RUTF adalah makanan terapeutik yang sedia untuk dimakan. Ia adalah sejenis pes yang padat dengan tenaga, mengandungi mikronutrien yang dibuat daripada kacang tanah, gula, susu tepung, minyak, vitamin, dan mineral yang telah membantu merawat jutaan kanak-kanak.

Dermalah sekarang. Anda mampu mengubah nasib mereka.Β 

Dermalah

KENAPA MENDERMA KEPADA UNICEF

Global
Wujud secara lokal dan global 🌎
UNICEF aktif di lebih daripada 190 negara dan wilayah. Kami boleh mengambil pendekatan yang berjaya dari satu tempat di dunia dan menyesuaikannya untuk menghadapi cabaran di tempat lain, membantu memacu hasil untuk kanak-kanak dan golongan muda pada skala yang lebih besar
save lives with less money
Kami menyelamatkan lebih banyak nyawa dengan lebih efektif πŸ‘
Sebagai salah satu pembeli terbesar di dunia bagi bekalan menyelamatkan nyawa seperti vaksin dan kelambu, UNICEF mempunyai kelebihan besar dalam rundingan untuk mendapatkan harga yang lebih rendah. Apabila kami membeli sesuatu secara besar-besaran dan terbuka tentang perkara yang kami lakukan, ini membolehkan kami mempengaruhi cara pasaran berfungsi, mengurangkan perbelanjaan dan menjadikan urusan berjalan lebih lancar. Dan hasil yang paling penting dari semua ini ialah kami dapat menyelamatkan lebih banyak nyawa.
emergencies
Kami bersedia untuk bertindak balas terhadap kecemasan, pada bila-bila masa, di mana sahaja ⏳
UNICEF berada di lapangan sebelum, semasa dan selepas berlakunya kecemasan. Kami boleh menghantar bekalan menyelamat dan kemanusiaan hampir ke mana-mana sahaja di dunia dalam masa 72 jam.
innovator
Kami adalah seorang inovator πŸ’‘
Kami sentiasa mencari penyelesaian baharu untuk masalah lama. Pasukan inovasi kami menggunakan teknologi baharu dan menginovasi produk baharu untuk membantu kami mencapai kanak-kanak dan komuniti yang paling sukar dijangkau dan untuk mencapai hasil yang lebih baik untuk kanak-kanak.

Soalan Lazim

Anda boleh menderma sekali atau/dan bulanan dengan selamat dalam talian di laman web kami dengan menekan butang Derma Sekarang. Tiada derma yang terlalu kecil, dan sebarang jumlah derma anda boleh membantu menyelamatkan nyawa kanak-kanak. Kehidupan kanak-kanak boleh bertambah baik dengan sokongan jangka panjang anda yang berterusan. Dengan menderma, anda menjadi sebahagian daripada penyelesaian dan proses perubahan.

UNICEF meminta bantuan anda untuk menyokong kanak-kanak di seluruh dunia dengan membuat derma bulanan. Sumbangan tetap ini penting kerana ia membolehkan kami merancang kerja kami dengan berkesan, menjimatkan wang dan menjangkau lebih ramai kanak-kanak yang memerlukan bantuan kami. Sokongan berterusan anda membuat perubahan nyata dalam kehidupan kanak-kanak setiap hari. Kami bergantung pada kemurahan hati penderma bulanan seperti anda untuk meneruskan usaha kami, dan kami berharap anda akan mempertimbangkan untuk menjadi sebahagian daripada keluarga UNICEF.

Anda boleh menghubungi Tim Donor Love kami di:

E-mel: donorcare.my@support.unicef.org

Tel: 1300 30 0010 (Isnin - Jumaat 9.00 pagi - 5.30 petang)

Kami berbesar hati untuk membantu anda!