Sumbangan anda pada tahun 2023 telah membantu Sanad dalam mengatasi masalah malnutrisi yang di hadapinya.
Di Al Hawtah, Yaman, Raneem Hani (18) berkongsi kisah hidupnya. Jutaan kanak-kanak seperti anak lelakinya Sanad yang berusia 4 bulan berisiko mengalami malnutrisi yang teruk.
"Saya sanggup melakukan apa sahaja untuk anak saya," katanya, sambil menceritakan kesusahan yang di alami untuk mendapatkan susu buat anaknya. Selepas pergi ke pelbagai tempat untuk mendapatkan bantuan, Raneem akhirnya mendapat bantuaan yang di perlukan di Pusat Pemakanan Terapeutik yang disokong oleh UNICEF. Sokongan berterusan anda memastikan ibu seperti Raneem mendapat bantuan yang mereka perlukan untuk menyelamatkan anak-anak mereka.
Pusat pemakanan ini adalah talian hayat untuk kanak-kanak yang mengalami malnutrisi. Ia menawarkan rawatan dan bantuan yang diperlukan oleh kanak-kanak seperti Sanad. Pusat ini memastikan mereka mendapat penjagaan yang diperlukan untuk melawan masalah malnutrisi yang mereka alami. Sokongan anda selama ini membolehkan kami memastikan kesihatan Sanad dan ramai kanak-kanak lain.
Di sebalik kejayaan ini, krisis malnutrisi di Yaman masih berterusan, menjejaskan ramai kanak-kanak yang tidak berdosa. Konflik yang berterusan di Yaman, bersama-sama dengan ekonominya yang rapuh dan bekalan makanan yang terganggu, memburukkan lagi keadaan bagi kanak-kanak ini.
🌍 Kadar kekurangan zat makanan dalam kalangan wanita dan kanak-kanak di Yaman kekal antara yang tertinggi di dunia.
⚠️ Lebih 2.2 juta kanak-kanak di bawah umur 5 tahun memerlukan rawatan segera untuk masalah malnutrisi.
🤰 Sekitar 1.3 juta wanita hamil atau menyusu memerlukan rawatan untuk masalah malnutrisi.
🚨 Dianggarkan 20% kanak-kanak bawah lima tahun di beberapa bahagian di Yaman mengalami masalah malnutrisi akut yang teruk, mereka memerlukan rawatan segera.
Anda boleh memberikan harapan dan penjagaan yang dapat menyelamatkan nyawa kepada kanak-kanak di Yaman dan di seluruh dunia. Setiap sumbangan anda amatlah bermakna untuk memastikan kanak-kanak ini mempunyai masa depan yang lebih cerah.
Susu terapeutik: Susu terapeutik mengandungi tenaga, lemak, protein dan mineral yang diperlukan oleh kanak-kanak yang mengalami malnutrisi akut. Ia merupakan fasa pertama dalam proses rawatan yang membantu badan pulih daripada kejutan malnutrisi dan menguatkan sistem pencernaan untuk memproses makanan.
Makanan terapeutik sedia guna: Makanan terapeutik sedia guna atau nama ringkasnya RUTF adalah makanan terapeutik yang sedia untuk dimakan. Ia adalah sejenis pes yang padat dengan tenaga, mengandungi mikronutrien yang dibuat daripada kacang tanah, gula, susu tepung, minyak, vitamin, dan mineral yang telah membantu merawat jutaan kanak-kanak.
Biskut Tinggi Tenaga: Ia adalah snek yang padat dengan nutrien, sedia untuk dimakan, direka untuk kegunaan dalam situasi kecemasan. Ia digunakan secara meluas dalam pengagihan bantuan makanan, program pemakanan sekolah, dan sebagai snek tambahan untuk meningkatkan pemakanan, mencegah kekurangan nutrien dan menjaga kesihatan kanak-kanak.
SOROTAN ANTARABANGSA UNICEF
Rayuan krisis kanak-kanak Gaza
Di Gaza, ribuaan nyawa kanak-kanak berada dalam bahaya di tengah-tengah serangan udara. Penyampaian bantuan adalah sangat penting buat mereka. Walaupun terdapat halangan, sokongan terus diberikan, termasuk pemakanan khusus untuk beribu-ribu pelarian, keperluan perubatan untuk lebih setengah juta orang, dan pemberian lebih 1 juta dos vaksin.
Gempa bumi Turkiye-Syria
Berikutan gempa bumi yang dahsyat di Turkiye dan Syria pada Februari 2023, jutaan kanak-kanak kekal dalam keadaan memerlukan. Dengan sokongan anda, pasukan kami di lapangan dapat bertindak dengan pantas, memberikan bantuan penting seperti air bersih, kit kebersihan, vaksin, sokongan psikososial dan pusat pembelajaran sementara kepada 5.6 juta orang.
Bekalan UNICEF di seluruh dunia
Dengan sokongan anda dan bersama rakan kongsi kami, pada tahun 2023 sejumlah USD 5.244 bilion dalam bentuk bekalan dan perkhidmatan untuk kanak-kanak di 162 negara dan kawasan telah kami bekalkan.
Program ini bertujuan untuk memerangi obesiti kanak-kanak dengan menggalakkan pemakanan yang lebih sihat dan lebih banyak aktiviti fizikal. Ia melibatkan penyediaan peralatan seperti penganalisis lemak badan, meter badan, jam tangan pedometer, tikar senaman, dan lain-lain lagi kepada sekolah dan pelajar yang terlibat.
FS4A ialah platform pendidikan digital yang diwujudkan untuk menyokong Kementerian Pendidikan melalui Inisiatif 'Digital Educational Learning Initiative Malaysia' (DELIMa). Inisiatif ini membuat perubahan yang nyata.
Kempen ini menyokong usaha advokasi untuk Rang Undang-Undang Profesion Kerja Sosial, yang bertujuan untuk memformalkan profesion itu dan telah menerima liputan yang meluas di media sosial dan akhbar tempatan.
Melalui inisiatif seperti Youth Empowered, kami telah memperkukuh kepimpinan dan kemahiran advokasi 4,600 individu muda, termasuk 1,500 belia dan 3,100 remaja. Usaha ini telah meletakkan belia secara menonjol dalam acara iklim utama seperti Minggu Iklim Asia Pasifik, COP28, dan semakan pertengahan penggal Rangka Kerja Sendai untuk Pengurangan Risiko Bencana 2015-2030.
Kanak-kanak menyaksikan sidang parlimen secara langsung di Dewan Rakyat dan berdiskusi dengan ahli Parlimen Malaysia, memastikan suara mereka didengari. Foto pemenang daripada peraduan foto #PictureMyRights, yang memamparkan perspektif golongan muda tentang hak kanak-kanak, termasuk tema seperti hak untuk didengari, kebebasan, keluarga, dan permainan, turut dipamerkan di Parlimen.
Bersama Yayasan JDT, 70 kanak-kanak berumur 7 hingga 17 tahun, menyertai klinik bola sepak 'Kick for Inclusion' #KidsTakeOver. Dilatih oleh belia Akademi JDT yang terlatih, inisiatif ini bertujuan untuk melibatkan semua kanak-kanak dalam sukan, merangkumi #KidsTakeOver dan #KidsHelpingKids.
Kebaikan dan kemurahan hati anda telah meninggalkan impak yang berkekalan di dalam dunia di mana setiap kanak-kanak berhak mendapat peluang.
Kerana anda, kami dapat menyalurkan air bersih, pendidikan dan penjagaan kesihatan kepada jutaan kanak-kanak di seluruh dunia.
Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka. Bersama-sama, lebih banyak yanng boleh kita lakukan.
Soalan Lazim
Anda boleh menderma sekali atau/dan bulanan dengan selamat dalam talian di laman web kami dengan menekan butang Derma Sekarang. Tiada derma yang terlalu kecil, dan sebarang jumlah derma anda boleh membantu menyelamatkan nyawa kanak-kanak. Kehidupan kanak-kanak boleh bertambah baik dengan sokongan jangka panjang anda yang berterusan. Dengan menderma, anda menjadi sebahagian daripada penyelesaian dan proses perubahan.
UNICEF meminta bantuan anda untuk menyokong kanak-kanak di seluruh dunia dengan membuat derma bulanan. Sumbangan tetap ini penting kerana ia membolehkan kami merancang kerja kami dengan berkesan, menjimatkan wang dan menjangkau lebih ramai kanak-kanak yang memerlukan bantuan kami. Sokongan berterusan anda membuat perubahan nyata dalam kehidupan kanak-kanak setiap hari. Kami bergantung pada kemurahan hati penderma bulanan seperti anda untuk meneruskan usaha kami, dan kami berharap anda akan mempertimbangkan untuk menjadi sebahagian daripada keluarga UNICEF.
>> Sertai keluarga UNICEF sekarang
>> Baca Laporan Tahunan 2023 UNICEF Malaysia
Anda boleh menghubungi Pasukan Donor Love kami di:
E-mel: [email protected]
Tel: 1300 30 0010 (9.00 pagi - 5.30 petang)
Kami berbesar hati untuk membantu anda!