Hero image

Anda boleh membantu kanak-kanak yang terkesan di Gaza!

 

Mereka sedang merana.
Tiada tempat yang selamat untuk kanak-kanak di Gaza.

Kanak-kanak hidup dalam bahaya.
Sumbangan anda boleh membantu kehidupan mereka.

 

UNICEF/UNI638305/El Baba

Kanak-kanak di Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza, sedang menerima vaksin polio sebagai sebahagian daripada kempen vaksinasi. Pasukan vaksinasi beroperasi setiap hari dari 6:00 pagi hingga 2:00 petang..

Keadaan di Gaza amat menyayat hati.

Sejak Oktober 2023, kanak-kanak dan keluarga di Gaza hidup dalam ketakutan. Mereka telah mengalami trauma, termasuk kemusnahan rumah dan komuniti mereka, dan kekurangan bekalan asas seperti makanan, air dan ubat-ubatan.

Lebih 1.7 juta orang telah kehilangan tempat tinggal dan hampir separuh daripada mereka adalah kanak-kanak.

Ramai telah mencari perlindungan di tempat perlindungan yang sesak, di mana akses kepada air, sanitasi dan kebersihan adalah amat terhad. Keadaan ini amat berbahaya untuk kanak-kanak kecil. Sudikah anda membantu kanak-kanak di Gaza?

Kini, Gaza menghadapi cabaran baru. Kemunculan semula polio selepas 25 tahun.

Wabak ini perlu segera ditangani, pelbagai sumber diperlukan seperti vaksin, peralatan dan kakitangan kesihatan, untuk melindungi kanak-kanak yang terdedah kepada penyakit yang dahsyat ini.

Terima kasih kepada penderma yang murah hati seperti anda, 560,000 kanak-kanak di bawah umur 10 tahun telah pun divaksin merentasi ketiga-tiga fasa pusingan pertama kempen vaksinasi polio.

Pusingan kedua kempen vaksinasi dijangka berlaku dalam masa empat minggu.

Setiap sumbangan membantu melindungi lebih ramai kanak-kanak daripada ancaman polio dan konflik yang berterusan.

© UNICEF/UNI637060/El Baba

UNICEF staff administrating polio vaccines at UNRWA health clinic in Deir al-Balah in the center of the Gaza Strip.

The first phase of the campaign, conducted 1-3 September, reached more than 189,000 children in the central area of the Gaza Strip.

© UNICEF/UNI638297/El Baba

Polio vaccination campaign phase 2, Khan Younis, southern Gaza Strip.

As of 9 September, with the completion of phase two in southern Gaza, more than 446,000 children had been vaccinated.

© UNICEF/UNI640750/

Polio vaccination campaign phase 3, in a health center in Al-Daraj neighborhood, north of the Gaza Strip.

On 12 September, the polio vaccination campaign concluded its third phase in northern Gaza, successfully vaccinating over 560,000 children.

Global
Wujud secara lokal dan global 🌎
UNICEF aktif di lebih daripada 190 negara dan wilayah. Kami boleh mengambil pendekatan yang berjaya dari satu tempat di dunia dan menyesuaikannya untuk menghadapi cabaran di tempat lain, membantu memacu hasil untuk kanak-kanak dan golongan muda pada skala yang lebih besar
save lives with less money
Kami menyelamatkan lebih banyak nyawa dengan lebih efektif 👍
Sebagai salah satu pembeli terbesar di dunia bagi bekalan menyelamatkan nyawa seperti vaksin dan kelambu, UNICEF mempunyai kelebihan besar dalam rundingan untuk mendapatkan harga yang lebih rendah. Apabila kami membeli sesuatu secara besar-besaran dan terbuka tentang perkara yang kami lakukan, ini membolehkan kami mempengaruhi cara pasaran berfungsi, mengurangkan perbelanjaan dan menjadikan urusan berjalan lebih lancar. Dan hasil yang paling penting dari semua ini ialah kami dapat menyelamatkan lebih banyak nyawa.
emergencies
Kami bersedia untuk bertindak balas terhadap kecemasan, pada bila-bila masa, di mana sahaja ⏳
UNICEF berada di lapangan sebelum, semasa dan selepas berlakunya kecemasan. Kami boleh menghantar bekalan menyelamat dan kemanusiaan hampir ke mana-mana sahaja di dunia dalam masa 72 jam.
innovator
Kami adalah seorang inovator 💡
Kami sentiasa mencari penyelesaian baharu untuk masalah lama. Pasukan inovasi kami menggunakan teknologi baharu dan menginovasi produk baharu untuk membantu kami mencapai kanak-kanak dan komuniti yang paling sukar dijangkau dan untuk mencapai hasil yang lebih baik untuk kanak-kanak.
Soalan Lazim

Anda boleh menderma sekali atau/dan bulanan dengan selamat dalam talian di laman web kami dengan menekan butang Derma Sekarang. Tiada derma yang terlalu kecil, dan sebarang jumlah derma anda boleh membantu menyelamatkan nyawa kanak-kanak. Kehidupan kanak-kanak boleh bertambah baik dengan sokongan jangka panjang anda yang berterusan. Dengan menderma, anda menjadi sebahagian daripada penyelesaian dan proses perubahan.

UNICEF meminta bantuan anda untuk menyokong kanak-kanak di seluruh dunia dengan membuat derma bulanan. Sumbangan tetap ini penting kerana ia membolehkan kami merancang kerja kami dengan berkesan, menjimatkan wang dan menjangkau lebih ramai kanak-kanak yang memerlukan bantuan kami. Sokongan berterusan anda membuat perubahan nyata dalam kehidupan kanak-kanak setiap hari. Kami bergantung pada kemurahan hati penderma bulanan seperti anda untuk meneruskan usaha kami, dan kami berharap anda akan mempertimbangkan untuk menjadi sebahagian daripada keluarga UNICEF.

Anda boleh menghubungi Tim Donor Love kami di:

E-mel: [email protected]

Tel: 1300 30 0010 (9.00 pagi - 5.30 petang)

Kami berbesar hati untuk membantu anda!