Hero image

Anda boleh melindungi kanak-kanak di Lubnan

Mereka sedang menanggung beban konflik yang semakin memuncak dan nyawa mereka dalam bahaya.
Pastikan keselamatan kanak-kanak di Lubnan hari ini.

Lebih 1 juta orang, termasuk 300,000 kanak-kanak, sedang bergelut!

Anda boleh memberikan sokongan untuk kanak-kanak dan keluarga yang terkesan dengan krisis ini dengan menderma sekarang.

 

Lebanon emergency appeal

Rayan, 4, berpaut pada ibunya. Mereka sekeluarga terpaksa melarikan diri dari keganasan yang semakin meningkat di Lubnan dan telah tiba di sempadan Syria untuk mencari tempat berlindung.

Kanak-kanak di Lubnan memerlukan bantuan anda.

Setiap hari, kanak-kanak di Lubnan bangun dalam keadaan huru-hara dan ketakutan. Rumah mereka telah musnah, sekolah mereka tidak lagi selamat, dan perkhidmatan struktur perkhidmatan asas telah turut musnah.

Dengan hospital rosak dan bekalan air yang terganggu, keluarga bergelut untuk memastikan anak-anak mereka selamat daripada penyakit dan malnutrisi. Ramai ibu bapa berdepan dilema sama ada untuk terus tinggal di zon konflik atau mempertaruhkan segala-galanya dan melarikan diri, tanpa mengetahui apa yang menanti.

Risiko penyakit, kelaparan, dan trauma emosi yang berpanjangan semakin meningkat.

Derma anda hari ini bukan sekadar bantuan—ia adalah talian hayat yang boleh membantu melindungi kanak-kanak ini, menawarkan keselesaan kepada mereka di saat hidup mereka terperangkap dalam kemelut ini.

Kanak-kanak di Lubnan tidak boleh menunggu. Mereka amat memerlukan bantuan, dan kita harus bertindak.

Setiap sumbangan, tidak kira berapa jumlahnya, membawa kita selangkah lebih dekat untuk melindungi kanak-kanak di Lubnan dan memastikan mereka mempunyai keperluan asas untuk terus hidup. Sokongan anda lebih dari sekadar derma—ia memberi mereka peluang untuk membina semula kehidupan yang telah musnah.

Jangan abaikan mereka. Dengan belas kasihan dan kemurahan hati anda, kita boleh membantu lebih ramai kanak-kanak sebelum terlambat.

Lebanon emergency appeal unicef

Kemusnahan yang berlaku selepas serangan udara maut pada 20 September 2024 yang melanda pinggir bandar selatan Beirut, menghancurkan kehidupan ribuan nyawa yang tidak berdosa.

Lebanon emergency appeal 2

Keganasan yang semakin meningkat telah memaksa banyak keluarga meninggalkan rumah mereka dan terpkasa mencari tempat berteduh di sekolah awam dan universiti.

Lebanon emergency appeal

Pasukan UNICEF berada di lapangan, menyediakan bekalan yang penting seperti tilam, selimut, air bersih dan kit kebersihan untuk membantu keluarga bertahan di saat yang sukar ini.

Global
Wujud secara lokal dan global 🌎
UNICEF aktif di lebih daripada 190 negara dan wilayah. Kami boleh mengambil pendekatan yang berjaya dari satu tempat di dunia dan menyesuaikannya untuk menghadapi cabaran di tempat lain, membantu memacu hasil untuk kanak-kanak dan golongan muda pada skala yang lebih besar
save lives with less money
Kami menyelamatkan lebih banyak nyawa dengan lebih efektif 👍
Sebagai salah satu pembeli terbesar di dunia bagi bekalan menyelamatkan nyawa seperti vaksin dan kelambu, UNICEF mempunyai kelebihan besar dalam rundingan untuk mendapatkan harga yang lebih rendah. Apabila kami membeli sesuatu secara besar-besaran dan terbuka tentang perkara yang kami lakukan, ini membolehkan kami mempengaruhi cara pasaran berfungsi, mengurangkan perbelanjaan dan menjadikan urusan berjalan lebih lancar. Dan hasil yang paling penting dari semua ini ialah kami dapat menyelamatkan lebih banyak nyawa.
emergencies
Kami bersedia untuk bertindak balas terhadap kecemasan, pada bila-bila masa, di mana sahaja ⏳
UNICEF berada di lapangan sebelum, semasa dan selepas berlakunya kecemasan. Kami boleh menghantar bekalan menyelamat dan kemanusiaan hampir ke mana-mana sahaja di dunia dalam masa 72 jam.
innovator
Kami adalah seorang inovator 💡
Kami sentiasa mencari penyelesaian baharu untuk masalah lama. Pasukan inovasi kami menggunakan teknologi baharu dan menginovasi produk baharu untuk membantu kami mencapai kanak-kanak dan komuniti yang paling sukar dijangkau dan untuk mencapai hasil yang lebih baik untuk kanak-kanak.
Soalan Lazim

Anda boleh menderma sekali atau/dan bulanan dengan selamat dalam talian di laman web kami dengan menekan butang Derma Sekarang. Tiada derma yang terlalu kecil, dan sebarang jumlah derma anda boleh membantu menyelamatkan nyawa kanak-kanak. Kehidupan kanak-kanak boleh bertambah baik dengan sokongan jangka panjang anda yang berterusan. Dengan menderma, anda menjadi sebahagian daripada penyelesaian dan proses perubahan.

UNICEF meminta bantuan anda untuk menyokong kanak-kanak di seluruh dunia dengan membuat derma bulanan. Sumbangan tetap ini penting kerana ia membolehkan kami merancang kerja kami dengan berkesan, menjimatkan wang dan menjangkau lebih ramai kanak-kanak yang memerlukan bantuan kami. Sokongan berterusan anda membuat perubahan nyata dalam kehidupan kanak-kanak setiap hari. Kami bergantung pada kemurahan hati penderma bulanan seperti anda untuk meneruskan usaha kami, dan kami berharap anda akan mempertimbangkan untuk menjadi sebahagian daripada keluarga UNICEF.

Anda boleh menghubungi Tim Donor Love kami di:

E-mel: [email protected]

Tel: 1300 30 0010 (9.00 pagi - 5.30 petang)
Kami berbesar hati untuk membantu anda!

Sumbangan anda akan terus menyokong usaha tindak balas kecemasan kami di Lubnan, menyediakan bekalan penting seperti air bersih, makanan, rawatan perubatan, dan kit kecemasan untuk keluarga yang terjejas akibat konflik.

Sumbangan anda akan membantu memastikan kanak-kanak dan keluarga yang terkesan dengan krisis ini mendapat sokongan yang menyelamatkan nyawa, termasuk air bersih, bekalan kebersihan, perkhidmatan kesihatan, dan penjagaan psikososial untuk menangani trauma.

Pasukan kami berada di lapangan, bekerjasama rapat dengan NGO tempatan dan komuniti untuk menyampaikan bantuan yang menyelamatkan nyawa walaupun dalam keadaan yang paling mencabar. Kami mempunyai pengalaman luas dalam tindak balas kecemasan dan kehadiran kukuh di Lubnan untuk memastikan bantuan sampai kepada kanak-kanak dan keluarga secepat mungkin.

Keadaan di Lubnan semakin merosot, di mana keluarga kehilangan tempat tinggal, akses kepada penjagaan kesihatan, dan keperluan asas. Kanak-kanak berisiko mengalami kekurangan zat makanan yang teruk, trauma, dan kehilangan tempat tinggal, menjadikan ini sebagai krisis kemanusiaan yang mendesak dan memerlukan tindakan segera.

Kami memastikan bahawa semua sumbangan yang diraih untuk kecemasan tertentu, seperti rayuan Lubnan, akan dipantau dan diperuntukkan dengan sewajarnya. Sistem kewangan kami direka untuk menjamin ketelusan, jadi anda boleh yakin bahawa sumbangan anda akan terus menyokong usaha bantuan bagi krisis ini.

Bagaimanakah anda dapat meyakinkan saya bahawa sumbangan saya akan digunakan khusus untuk rayuan ini?