Kesan menyeluruh akibat perang dan krisis seumpanya, kemarau akibat faktor iklim dan kemerosotan alam sekitar, kesan sosio-ekonomi akibat pandemik COVID-19 telah memburukkan krisis pemakanan dan nutrisi kanak-kanak.
- Di peringkat global, 1 daripada 5 kematian di kalangan kanak-kanak bawah umur 5 tahun adalah disebabkan kekurangan zat makanan yang teruk.
- Di Yemen, krisis pemakanan menjejaskan hampir 2.2 juta kanak-kanak.
- Di Malaysia, 1 daripada 5 kanak-kanak bawah umur lima tahun mempunyai ketinggian badan yang lebih pendek daripada kanak-kanak yang sebaya dengannya akibat kekurangan zat makanan.
Setiap 60 saat, konflik mendorong kanak-kanak ke kelaparan melampau
Bantu menyelamatkan nyawa mereka dengan RUTF
Dengan RM60 sebulan, anda boleh menyelamat 25 kanak-kanak sebulan. RUTF ialah singkatan untuk "makanan terapeutik sedia diguna", bekalan penting yang dapat merawat kekurangan zat makanan yang teruk di kalangan kanak-kanak bawah umur 5 tahun. Lebih 90 peratus kanak-kanak kekurangan zat makanan yang teruk yang dirawat di pusat pemakanan di bawah sokongan UNICEF telah pulih.
Bagaimanakah RUTF berfungsi? Ia diperbuat daripada susu tepung, kacang tanah, mentega, minyak sayuran, gula, dan campuran vitamin dan mineral. Satu paket RUTF menggabungkan 500 kalori dan mikronutrien. Ia boleh membantu kanak-kanak yang kekurangan zat makanan kembali bertenaga dalam masa kira-kira 6 minggu dengan hanya tiga pek sehari.
Soalan Lazim
Anda boleh menderma sekali atau/dan bulanan dengan selamat dalam talian di laman web kami dengan menekan butang Derma Sekarang. Tiada derma yang terlalu kecil, dan sebarang jumlah derma anda boleh membantu menyelamatkan nyawa kanak-kanak. Kehidupan kanak-kanak boleh bertambah baik dengan sokongan jangka panjang anda yang berterusan. Dengan menderma, anda menjadi sebahagian daripada penyelesaian dan proses perubahan.
UNICEF meminta bantuan anda untuk menyokong kanak-kanak di seluruh dunia dengan membuat derma bulanan. Sumbangan tetap ini penting kerana ia membolehkan kami merancang kerja kami dengan berkesan, menjimatkan wang dan menjangkau lebih ramai kanak-kanak yang memerlukan bantuan kami. Sokongan berterusan anda membuat perubahan nyata dalam kehidupan kanak-kanak setiap hari. Kami bergantung pada kemurahan hati penderma bulanan seperti anda untuk meneruskan usaha kami, dan kami berharap anda akan mempertimbangkan untuk menjadi sebahagian daripada keluarga UNICEF.
Anda boleh menghubungi Tim Donor Love kami di:
E-mel: [email protected]
Tel: 1300 30 0010 (9.00 pagi - 5.30 petang)
Kami berbesar hati untuk membantu anda!