Hero image

Pembunuh senyap buat kanak-kanak!

Kekurangan zat makanan dan air kotor menggugat kelangsungan hidup jutaan kanak-kanak.
Mereka sedang menderita.

Dapatkah anda bayangkan jika anda tidak mampu menyediakan makanan atau air bersih yang diperlukan oleh anak anda untuk terus hidup?

 

Bagi banyak keluarga di seluruh dunia, ini adalah realiti yang amat menyayat hati.

Kanak-kanak yang lemah akibat malnutrisi bukan sahaja menghadapi rasa lapar yang tidak berkesudahan tetapi juga ancaman pelbagai penyakit yang berpunca daripada air yang tidak bersih.

baby

Sabeera, 5 bulan, dipangku oleh ibunya. Dia sedang menerima rawatan untuk melawan malnutrisi akut di Hospital Daerah Paktia, Afghanistan 

Apabila tubuh kanak-kanak terlalu lemah akibat kekurangan air dan makanan, jangkitan mudah seperti demam dan selesema juga boleh mengancam nyawa mereka. Bagi kanak-kanak ini, setiap teguk air yang tidak bersih dan setiap hari tanpa makanan adalah perjuangan untuk terus hidup.

Sumbangan kecil anda sangat bermakna bagi mereka. Ayuh kita berkongsi kasih dengan menderma!

Realiti yang dihadapi jutaan kanak-kanak

Kelaparan dan kekurangan zat makanan
Child malnutrition crisis in Sudan.
  • 181 juta kanak-kanak di bawah umur 5 tahun mengalami kemiskinan makanan yang teruk, menjadikan mereka 50% lebih berisiko menghadapi kekurangan zat makanan yang mengancam nyawa.
  • Di kawasan konflik seperti Semenanjung Gaza, 9 daripada 10 kanak-kanak hanya bergantung kepada dua kumpulan makanan sahaja setiap hari untuk terus hidup.

 

Ketiadaan akses kepada air bersih
UNI188295 - Stay Campaign 2024
  • 2.2 bilion orang kekurangan akses kepada perkhidmatan air yang diuruskan dengan selamat, termasuk 115 juta yang masih bergantung pada sungai dan tasik sebagai sumber air minuman.
  • Di banyak komuniti, beban untuk mengumpul air terletak kepada wanita dan kanak-kanak perempuan, menjejaskan kesihatan, keselamatan, dan peluang masa depan mereka.
RUTF_donation option

Bantu menyelamatkan nyawa mereka dengan RUTF

Dengan RM60 sebulan, anda boleh menyelamat 25 kanak-kanak sebulan. RUTF ialah singkatan untuk "makanan terapeutik sedia diguna", bekalan penting yang dapat merawat kekurangan zat makanan yang teruk di kalangan kanak-kanak bawah umur 5 tahun. Lebih 90 peratus kanak-kanak kekurangan zat makanan yang teruk yang dirawat di pusat pemakanan di bawah sokongan UNICEF  telah pulih.

Bagaimanakah RUTF berfungsi? Ia diperbuat daripada susu tepung, kacang tanah, mentega, minyak sayuran, gula, dan campuran vitamin dan mineral. Satu paket RUTF menggabungkan 500 kalori dan mikronutrien. Ia boleh membantu kanak-kanak yang kekurangan zat makanan kembali bertenaga dalam masa kira-kira 6 minggu dengan hanya tiga pek sehari.

Aquatabs_water_Purification_tablets

menyelamatkan kanak-kanak daripada malnutrisi dan air yang tidak selamat

Dengan hanya RM60 sebulan, ANDA boleh menyediakan 2,600 tablet penulenan air, membersihkan air yang tidak selamat menjadi air yang selamat  untuk diminum oleh kanak-kanak dan komuniti yang memerlukan. Air yang bersih adalah penting untuk kesihatan, terutamanya dalam situasi kecemasan.

Bagaimana ia berfungsi? Setiap tablet menulenkan air yang tercemar, membunuh bakteria dan patogen yang berbahaya. Penyelesaian mudah ini mengubah air yang tidak selamat menjadi air boleh diminum, membantu kanak-kanak bertahan dan kekal sihat walaupun dalam keadaan yang paling mencabar.

 

Global
Wujud secara lokal dan global 🌎
UNICEF aktif di lebih daripada 190 negara dan wilayah. Kami boleh mengambil pendekatan yang berjaya dari satu tempat di dunia dan menyesuaikannya untuk menghadapi cabaran di tempat lain, membantu memacu hasil untuk kanak-kanak dan golongan muda pada skala yang lebih besar
save lives with less money
Kami menyelamatkan lebih banyak nyawa dengan lebih efektif 👍
Sebagai salah satu pembeli terbesar di dunia bagi bekalan menyelamatkan nyawa seperti vaksin dan kelambu, UNICEF mempunyai kelebihan besar dalam rundingan untuk mendapatkan harga yang lebih rendah. Apabila kami membeli sesuatu secara besar-besaran dan terbuka tentang perkara yang kami lakukan, ini membolehkan kami mempengaruhi cara pasaran berfungsi, mengurangkan perbelanjaan dan menjadikan urusan berjalan lebih lancar. Dan hasil yang paling penting dari semua ini ialah kami dapat menyelamatkan lebih banyak nyawa.
emergencies
Kami bersedia untuk bertindak balas terhadap kecemasan, pada bila-bila masa, di mana sahaja⏳
UNICEF berada di lapangan sebelum, semasa dan selepas berlakunya kecemasan. Kami boleh menghantar bekalan menyelamat dan kemanusiaan hampir ke mana-mana sahaja di dunia dalam masa 72 jam.
innovator
Kami adalah seorang inovator 💡
Pasukan inovasi kami menggunakan teknologi baharu dan menginovasi produk baharu untuk membantu kami mencapai kanak-kanak dan komuniti yang paling sukar dijangkau dan untuk mencapai hasil yang lebih baik untuk kanak-kanak.
Soalan Lazim

Anda boleh menderma sekali atau/dan bulanan dengan selamat dalam talian di laman web kami dengan menekan butang Derma Sekarang. Tiada derma yang terlalu kecil, dan sebarang jumlah derma anda boleh membantu menyelamatkan nyawa kanak-kanak. Kehidupan kanak-kanak boleh bertambah baik dengan sokongan jangka panjang anda yang berterusan. Dengan menderma, anda menjadi sebahagian daripada penyelesaian dan proses perubahan.

UNICEF meminta bantuan anda untuk menyokong kanak-kanak di seluruh dunia dengan membuat derma bulanan. Sumbangan tetap ini penting kerana ia membolehkan kami merancang kerja kami dengan berkesan, menjimatkan wang dan menjangkau lebih ramai kanak-kanak yang memerlukan bantuan kami. Sokongan berterusan anda membuat perubahan nyata dalam kehidupan kanak-kanak setiap hari. Kami bergantung pada kemurahan hati penderma bulanan seperti anda untuk meneruskan usaha kami, dan kami berharap anda akan mempertimbangkan untuk menjadi sebahagian daripada keluarga UNICEF.

Anda boleh menghubungi Tim Donor Love kami di:

E-mel: [email protected]

Tel: 1300 30 0010 (9.00 pagi - 5.30 petang)

Kami berbesar hati untuk membantu anda!