Anda boleh melakukan perubahan
UNICEF bekerja di tempat yang paling sukar di dunia untuk memastikan kanak-kanak dan remaja yang dalam kekurangan dapat dibantu - dan juga untuk melindungi hak setiap kanak-kanak, tidak kira di mana mereka berada.
Di lebih dari 190 negara dan wilayah, kami melakukan apa sahaja untuk membantu kanak-kanak bertahan, berkembang maju dan memenuhi potensi mereka, dari usia awal kanak-kanak sehingga remaja.
UNICEF tidak berputus asa untuk melakukan yang terbaik buat kanak-kanak di peringkat global dan tempatan. Antara pencapaian kami di peringkat global:
- membantu 356.3 juta kanak-kanak bawah 5 tahun dengan program pencegahan dan rawatan kekurangan zat makanan;
- 77.9 juta kanak-kanak telah diberi vaksin campak, di mana, lebih 27 juta orang dari jumlah tersebut adalah kanak-kanak di negara yang terjejas oleh krisis kemanusiaan;
- menyediakan 37.9 juta kanak-kanak dan remaja yang tidak bersekolah dengan akses kepada pendidikan (49 peratus adalah perempuan);
- 39 juta kanak-kanak dan keluarga mereka mendapat akses kepada air, sanitasi atau perkhidmatan kebersihan dalam kecemasan kemanusiaan.
Setiap amaun penting, dan anda telah membuat kelainan dengan sikap sukarela ini.
Sumbangan sekali anda akan dapat memberikan bantuan yang diperlukan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik di mana sahaja.
Soalan Lazim
Anda boleh menderma sekali atau/dan bulanan dengan selamat dalam talian di laman web kami dengan menekan butang Derma Sekarang. Tiada derma yang terlalu kecil, dan sebarang jumlah derma anda boleh membantu menyelamatkan nyawa kanak-kanak. Kehidupan kanak-kanak boleh bertambah baik dengan sokongan jangka panjang anda yang berterusan. Dengan menderma, anda menjadi sebahagian daripada penyelesaian dan proses perubahan.
UNICEF meminta bantuan anda untuk menyokong kanak-kanak di seluruh dunia dengan membuat derma bulanan. Sumbangan tetap ini penting kerana ia membolehkan kami merancang kerja kami dengan berkesan, menjimatkan wang dan menjangkau lebih ramai kanak-kanak yang memerlukan bantuan kami. Sokongan berterusan anda membuat perubahan nyata dalam kehidupan kanak-kanak setiap hari. Kami bergantung pada kemurahan hati penderma bulanan seperti anda untuk meneruskan usaha kami, dan kami berharap anda akan mempertimbangkan untuk menjadi sebahagian daripada keluarga UNICEF.
Anda boleh menghubungi Tim Donor Love kami di:
E-mel: [email protected]
Tel: 1300 30 0010 (9.00 pagi - 5.30 petang) Kami berbesar hati untuk membantu anda!