Hero image

Ketika kita hidup selesa bersama keluarga, ramai kanak-kanak di Yaman, Syria, Gaza dan kawasan lain berdepan pelbagai cabaran.
Mereka memerlukan bantuan anda hari ini.

Kiara eating the RUTF

 

Setiap hari, bayi seperti Kiara berjuang untuk terus hidup tanpa makanan dan rawatan perubatan yang mencukupi.
Kebaikan anda dapat memberikan mereka keselesaan, keselamatan, dan penjagaan yang amat mereka perlukan di bulan Ramadan ini.

 

Perjuangan Kiara untuk terus hidup.

 

Baru berusia enam bulan, tubuh kecil Kiara semakin lemah akibat kelaparan. Di kampungnya di Yaman, makanan sukar didapati, dan dia hanya bergantung pada dua hidangan kecil sehari.

 

Apabila dia mengalami demam tinggi dan cirit-birit yang teruk, ibunya, Aisha, sangat cemas. Dia segera membawa Kiara ke pusat kesihatan yang disokong oleh UNICEF, di mana doktor mengesahkan bahawa Kiara mengalami malnutrisi akut teruk (SAM). Kiara segera menerima makanan terapeutik yang menyelamatkan nyawa serta vaksin campak.

 

" Tangannya sebesar jari saya, dan dia tidak dapat duduk, tetapi kini dia sudah boleh duduk dan bergerak," kata Aisha dengan penuh kelegaan.

 

Kiara semakin pulih, tetapi dia masih memerlukan rawatan segera dan pemakanan yang betul untuk terus hidup.


Ramadan ini, marilah berkongsi rezeki dengan kanak-kanak yang memerlukan.

Sumbangan anda adalah talian hayat bagi kanak-kanak dalam krisis, tidak kira di mana jua mereka berada.

 

Dengan sokongan anda, kanak-kanak seperti Kiara dapat menerima pemakanan menyelamatkan nyawa, rawatan perubatan, dan perlindungan yang mereka perlukan untuk membina semula masa depan mereka. Pasukan UNICEF bekerja tanpa henti di Yaman, Syria, Gaza dan wilayah lain yang terjejas untuk menyediakan:


✅ Bekalan perubatan kecemasan dan vaksinasi bagi melindungi sistem imun yang lemah.
✅ Air bersih dan sanitasi bagi mencegah penyakit berbahaya seperti kolera.
✅ Sokongan kepada keluarga untuk membantu mereka membina semula kehidupan dan mendapatkan kestabilan.
✅ Makanan terapeutik sedia guna (RUTF) bagi merawat kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan yang teruk.


Ramadan ini, mari kita hulurkan belas ihsan kepada mereka yang paling memerlukannya—membawa harapan dan penyembuhan kepada kanak-kanak yang menghadapi kesusahan di seluruh dunia.

Di sebalik kehilangan yang mereka hadapi, ramai kanak-kanak terus tabah. Ini adalah peringatan mengapa kita tidak boleh berpaling.

Ini adalah kisah kanak-kanak dan keluarga yang walaupun mereka berdepan kesulitan,  mereka tetap berusaha membina semula kehidupan.

Sudikah anda berdiri bersama mereka dan terus membantu?

Farha and children

Farha, seorang ibu tunggal dengan lima anak di kawasan luar bandar Damsyik, bergelut untuk menyara keluarganya selepas pemergian suaminya. "Hidup kami berubah sekelip mata," kenangnya. Kelaparan sering memaksa mereka tidur dengan perut kosong.

 

Semuanya berubah apabila program bantuan tunai yang disokong UNICEF mengenal pasti keluarganya sebagai penerima. "Saya beli makanan dahulu—beras, gula, kacang dal—dan sebuah dapur kayu," kongsinya.

 

 Kini dia bercita-cita untuk membeli pakaian baharu untuk anak-anaknya. "Buat pertama kali sejak kematian suami saya, saya rasa ada yang membantu saya memikul beban berat ini."

Jana and her bag

Dunia Jana berubah pada hari serangan udara melanda rumahnya di Gaza. Terpaksa melarikan diri, dia menggenggam tangan ibunya erat, takut mereka tidak akan pernah kembali.

 

Beberapa bulan kemudian, dia pulang ke Rafah, namun segalanya telah musnah. Katilnya hilang, pakaian ibunya tertimbus di bawah runtuhan, dan beg sekolahnya koyak.

 

"Saya selalu membawanya ke sekolah, tetapi ia sudah koyak," katanya, mengingatkan betapa banyak yang telah hilang daripadanya. Bagi kanak-kanak seperti Jana, masa depan masih tidak menentu. Tetapi dengan sokongan segera, mereka boleh mula pulih.

Tiada kanak-kanak yang patut menghadapi kelaparan, kesejukan, atau ketakutan sendirian. Dalam bulan yang penuh keberkatan ini, kemurahan hati anda dapat membawa kehangatan, makanan, dan perlindungan kepada kanak-kanak serta keluarga yang paling memerlukan.

 

Ramadan ini, ketika kita menghargai kebersamaan dan kasih sayang untuk insan tersayang, marilah kita bersama-sama menghulurkan kebaikan kepada mereka yang memerlukan, meringankan beban mereka, dan membawa harapan ke dalam hati mereka.

 

Derma sekarang.

Global
Wujud secara lokal dan global 🌎
UNICEF aktif di lebih daripada 190 negara dan wilayah. Kami boleh mengambil pendekatan yang berjaya dari satu tempat di dunia dan menyesuaikannya untuk menghadapi cabaran di tempat lain, membantu memacu hasil untuk kanak-kanak dan golongan muda pada skala yang lebih besar
save lives with less money
Kami menyelamatkan lebih banyak nyawa dengan lebih efektif 👍
Sebagai salah satu pembeli terbesar di dunia bagi bekalan menyelamatkan nyawa seperti vaksin dan kelambu, UNICEF mempunyai kelebihan besar dalam rundingan untuk mendapatkan harga yang lebih rendah. Apabila kami membeli sesuatu secara besar-besaran dan terbuka tentang perkara yang kami lakukan, ini membolehkan kami mempengaruhi cara pasaran berfungsi, mengurangkan perbelanjaan dan menjadikan urusan berjalan lebih lancar. Dan hasil yang paling penting dari semua ini ialah kami dapat menyelamatkan lebih banyak nyawa.
emergencies
Kami bersedia untuk bertindak balas terhadap kecemasan, pada bila-bila masa, di mana sahaja ⏳
UNICEF berada di lapangan sebelum, semasa dan selepas berlakunya kecemasan. Kami boleh menghantar bekalan menyelamat dan kemanusiaan hampir ke mana-mana sahaja di dunia dalam masa 72 jam.
innovator
Kami adalah seorang inovator 💡
Kami sentiasa mencari penyelesaian baharu untuk masalah lama. Pasukan inovasi kami menggunakan teknologi baharu dan menginovasi produk baharu untuk membantu kami mencapai kanak-kanak dan komuniti yang paling sukar dijangkau dan untuk mencapai hasil yang lebih baik untuk kanak-kanak.

Menderma Secara Bulanan adalah MUDAH & PRAKTIKAL budget Mudah untuk bajet anda Dengan membahagikan sumbangan kepada jumlah yang lebih kecil, anda dapat memberikan sokongan bermakna tanpa membebankan kewangan anda. Make a difference Ketahui perbezaan yang

budget

Mudah untuk bajet anda

Dengan membahagikan sumbangan kepada jumlah yang lebih kecil, anda dapat memberikan sokongan bermakna tanpa membebankan kewangan anda.

Make a difference

Ketahui perbezaan yang anda lakukan

Sebagai penderma bulanan, kami akan memastikan anda sentiasa diberitahu tentang impak besar yang anda bawa kepada kehidupan kanak-kanak ini!

Convenient

Fleksibel dan bebas gangguan untuk pembatalan

Anda mengawal sumbangan anda! Anda boleh mengubah jumlah, maklumat pembayaran, atau membatalkan bila-bila masa yang anda mahu.

Soalan Lazim

Anda boleh menderma sekali atau/dan bulanan dengan selamat dalam talian di laman web kami dengan menekan butang Derma Sekarang. Tiada derma yang terlalu kecil, dan sebarang jumlah derma anda boleh membantu menyelamatkan nyawa kanak-kanak. Kehidupan kanak-kanak boleh bertambah baik dengan sokongan jangka panjang anda yang berterusan. Dengan menderma, anda menjadi sebahagian daripada penyelesaian dan proses perubahan.

UNICEF meminta bantuan anda untuk menyokong kanak-kanak di seluruh dunia dengan membuat derma bulanan. Sumbangan tetap ini penting kerana ia membolehkan kami merancang kerja kami dengan berkesan, menjimatkan wang dan menjangkau lebih ramai kanak-kanak yang memerlukan bantuan kami. Sokongan berterusan anda membuat perubahan nyata dalam kehidupan kanak-kanak setiap hari. Kami bergantung pada kemurahan hati penderma bulanan seperti anda untuk meneruskan usaha kami, dan kami berharap anda akan mempertimbangkan untuk menjadi sebahagian daripada keluarga UNICEF.

Anda boleh menghubungi Pasukan Donor Love kami di:

E-mel: [email protected]

Tel: 1300 30 0010 (9.00 pagi - 5.30 petang)

Kami berbesar hati untuk membantu anda!